Minggu: 24hb - 28hb Ogos, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm
Buku Besar: Keluarga Saya
- Sudah lama tidak menggunakan buku besar, minggu ini sambung unit seterusnya iaitu Keluarga Saya.
- Dalam unit ini, mereka telah belajar perkataan-perkataan seperti berikut:
- bapa
- ibu
- datuk
- nenek
- abang
- kakak
- adik
- Aktiviti: saya menunjukkan gambar dan mereka menjawab nama ahli keluarga itu.
- Mereka dapat menjawab semua dengan betul.
Kenderaan
- Selain daripada itu, mereka juga telah belajar sedikit mengenai kenderaan.
- Mereka sangat menyukai kenderaan. Saya menunjukkan banyak jenis kenderaan yang merangkumi ketiga-tiga kenderaan darat, udara dan laut. Tetapi, dalam sekelip mata sahaja, mereka sudah boleh mengingati kebanyakan nama-nama kenderaan.
- Antaranya termasuk:
- kereta
- basikal
- kapal terbang
- helikopter
- perahu
- kapal selam
- kereta api