Minggu: 8hb - 12hb Jun, 2015
Kelas: Manggis
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm
Minggu ini mereka sambung dengan permainan. Untuk membantu mereka lagi mengingati warna dan nombor yang telah mereka pelajari, saya gabungkan kedua-dua elemen ini di dalam permainan mereka.
Permainan 1:
- Alat-alat: bola-bola dan bakul-bakul pelbagai warna
- Cara main:
- saya suruh mereka mengambil bola mengikut warna yang saya sebut
- lepas itu saya suruh balingkan bola ke dalam bakul mengikut warna yang saya sebut
Permainan 2:
- Alat-alat: kertas dan pen
- Cara main:
- Saya melekatkan kertas-kertas yang telah saya tuliskan nombor di atas lantai. Setiap keping kertas ada satu nombor sahaja.
- Saya sebut satu nombor dan mereka perlu mencari nombor itu dan letakkan kaki di atas kertas itu. Mereka tidak boleh alihkan kaki mereka sehingga saya menyebut nombor seterusnya.
No comments:
Post a Comment