Friday, November 20, 2015

Jumpa Lagi!

Tarikh: 30hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji nombor 1 hingga 20
  • Selepas habis ulangkaji nombor-nombor, tiba-tiba langit gelap dan hujan lebat. Jadi, saya pun mengambil peluang ini untuk mengulangkaji perkataan-perkataan yang telah mereka belajar tentang langit.
  • Apabila saya tunjuk luar dan mengajar mereka perkataan "gelap", sejurus selepas saya menoleh dari tingkap kepada mereka, tiba-tiba terdengar bunyi guruh diikutinya putus elektrik. Ada beberapa orang terkejut dan bermula menangis.
  • Walaupun pemulihan elektrik diselesaikan dalam masa beberapa minit sahaja, tetapi ada yang mereka masih di dalam kejutan. Jadi, kelas terakhir untuk tahun ini terpaksa ditamatkan.
  • Selepas ini, kami akan sibuk untuk persediaan persembahan hujung tahun.
  • Kanak-kanak, jumpa lagi pada tahun depan!

Cepat! Cepat!

Tarikh: 29hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji nombor 1 hingga 20
  • Ulangkaji pantun-pantun yang telah mereka belajar
  • Buku cerita - "Cepat! Cepat!
  • Cerita ini menceritakan seorang nenek membuat panggilan ke bomba dengan cemas. Ahli-ahli bomba ingat ada kebakaran. Apabila sudah sampai ke rumah nenek itu, mereka tidak jumpa api. Rupa-rupanya nenek minta tolong untuk menyelamatkan anak kucingnya yang berada di atas pokok yang tinggi.

Thursday, November 12, 2015

Nombor 11 hingga 20

Tarikh: 28hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Ulangkaji semula kedua-dua pantun yang telah mereka belajar.
  • Akhirnya, mereka dapat lafaz pantun yang baru itu dengan lebih lancar.
  • Ulangkaji nombor satu hingga sepuluh. 
  • Selepas itu, mengajar mereka nombor sebelas hingga dua puluh.
  • Sebelum kelas tamat, kami menyanyi semua lagu yang kami belajar dalam tahun ini.



Monday, November 9, 2015

Pantun - Pergi Sekolah - Bahagian 2

Tarikh: 27hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Hari ini kami sambung belajar pantun semalam.
  • Disebabkan pantun ini lebih panjang dan tidak semua baris sama panjang, jadi ia menjadi lebih susah untuk kanak-kanak mengingatinya. Saya ajar mereka dua ayat pertama dahulu dan tambah dengan gerakan badan untuk membantu mereka lebih senang untuk ingatkan.
  • Akhirnya, ada di kalangan mereka yang sudah boleh mengingati dengan merujukkan gerakan badan yang saya tunjukkan.
  • Sangat susah untuk mereka mengingatkan pantun baru ini. Jadi, selepas ulangkaji pantun "keluarga", saya bagi mereka menyanyi lagu-lagu sebelum kelas habis.

Pantun - Pergi Sekolah

Tarikh: 26hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji pantun "Keluarga" yang mereka belajar hari itu.
  • Akhirnya, mereka sudah boleh mengingati pantun ini.
  • Justeru itu, hari ini saya mengajar mereka pantun baru.
  • Pantun ini mengenai pergi sekolah.
  • Pantun ini lebih panjang dan lebih susah sikit. Mereka tidak dapat mengingati semua pada hari ini.


Pergi sekolah berjalan kaki,
Pergi berjalan seorang diri;
Sebelum ke sekolah bersarapan pagi,
Minum susu dan makan roti.



Nyanyi-nyanyi

Tarikh: 23hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Hari ini kami menyanyi sahaja di dalam kelas.
  • Mula-mulanya, menyanyi lagu bintang-bintang dulu. Kebanyakan mereka masih tidak ingat lirik lagu. Kami belajar lirik lagi.
  • Selepas itu, kami menyanyi semua lagu-lagu lain yang pernah mereka belajar.



Friday, November 6, 2015

Pantun - Keluarga

Tarikh: 16hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Hari ini saya mengajar mereka pantun.
  • Pantun ini mengenai keluarga. Mereka sudah pernah belajar tentang keluarga, pantun ini lebih senang untuk mereka belajar dan ingatkan.

Ada ibu, ada adik,
Ada adik, ada abang,
Kalau kita buat baik,
Sudah tentu orang sayang.

  • Selepas itu, sebelum habis kelas, saya bagi mereka menyanyi lagu-lagu "Bangun pagi gosok gigi", "Burung kakak tua", dan "Ikan kekek".


Thursday, November 5, 2015

Belajar Lagu "Bintang-bintang"

Tarikh: 15hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Hari itu sudah mainkan lagu "Bintang-bintang". Hari ini saya mengajar mereka lirik lagu ini.
Bintang-bintang

Bintang-bintang di langit
Menghiasi angkasa
Tinggi di atas sana
Seperti mutiara
Bintang-bintang di langit
Menghiasi angkasa

  • Ulangkaji nama-nama gambar dalam semua buku cerita yang pernah saya bacakan, seperti
    • bulan
    • matahari
    • langit
    • awan
    • layang-layang
    • wau
    • kuda
    • merah
    • dan lain-lain lagi

Wednesday, November 4, 2015

Bintang-bintang

Tarikh: 13hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji perkataan dalam "Bulan Ucap Selamat Malam"
  • Mereka sudah boleh mengingati kebanyakan nama-nama haiwan
  • Mainkan lagu "Bintang-bintang"




Bulan Ucap Selamat Malam

Tarikh: 12hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Buku cerita baru - "Bulan Ucap Selamat Malam"
  • Buku ini menceritakan bulan mengucapkan selamat malam pada masa tidur kepada
    • gajah yang berbaring di bawah pokok
    • burung belatuk di dalam lubang pokok
    • itik di tepi tasik
    • bunga matahari yang menguncup di taman
    • kumbang kura-kura yang tidur bersama-sama
    • ikan emas yang tidur dengan mata terbuka
    • beruang teddy di atas kerusi
    • kuda kayu di atas permaidani
  • Selamat malam kanak-kanak!


Tuesday, November 3, 2015

Kuda Merah Reza - Lukis dan Teka

Tarikh: 9hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji lagi perkataan yang mereka telah pelajari di dalam "Kuda Merah Reza".
  • Ada banyak perkataan yang baru untuk mereka di dalam buku ini. Mereka perlukan lebih masa dan ulang banyak kali supaya boleh mengingati sebanyak perkataan yang boleh.
  • Kali ini, selain daripada saya tunjuk dalam buku dan suruh mereka sebut perkataan tersebut. Saya juga melukis di atas papan tulis dan suruh mereka sebutkan.
  • Setiap kali mereka dapat menjawab dengan betul, saya tandakan satu tanda betul di atas papan tulis sebagai dorongan untuk mereka meneruskan soalan seterusnya.



Lagu Kuda Terbang Reza

Tarikh: 7hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji perkataan yang telah mereka pelajari semalam di dalam buku "Kuda Terbang Reza"
  • Mengajar mereka menyanyi lagu "Kuda Terbang Reza"
Lagu Kuda Terbang Reza

Layang-layang, terbang tinggi.
Layang-layang apa?
Layang-layang, terbang tinggi.
Layang-layang apa?

Layang-layang, kuda merah.
Layang-layang siapa?
Layang-layang, kuda merah.
Layang-layang siapa?

Kuda merah, kuda merah,
kuda merah Reza.
Kuda merah, kuda merah,
kuda merah Reza.

  • Ulangkaji nombor 1 hingga 10
  • Saya telah membawa sebuah buku "Nombor". Mereka mengira benda-benda di setiap muka surat dari nombor 1 hingga 10

Monday, November 2, 2015

Kuda Terbang Reza

Tarikh: 6hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Buku cerita - "Kuda Terbang Reza"
  • Cerita ini menceritakan bahawa Reza mempunyai kuda merah yang boleh terbang dan mempunyai ekor yang panjang. Kawan-kawan Reza tidak mempercayai dia dan pergi ke rumah dia untuk melihat kuda itu. Rupa-rupanya, kuda merah itu adalah layang-layang yang besar berbentuk kuda dan berwarna merah.
  • Perkataan/ayat yang dipelajari dalam buku ini termasuk
    • gasing
    • kuda
    • saya tidak percaya
    • merah
    • betul
    • mari
    • lihat
    • ekor
    • panjang
    • terbang
    • sampai
    • hadapan
    • buka/tutup mata
    • layang-layang
    • cantik
    • ketawa
    • bermain
  • Pada hujung cerita ini ada satu lagu "Kuda Terbang Reza". Saya mengajar mereka menyanyi lagu itu.

Thursday, October 29, 2015

Membuat Layang-layang - Bahagian 2

Tarikh: 2hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Hari ini mereka sambung membuat layang-layang mereka.
  • Saya mengajar mereka melipat layang-layang dahulu.
  • Selepas itu, saya mengajar mereka menebuk satu lubang kecil di sisi layang-layang mereka.
  • Apabila mereka sudah siapkan semua langkah-langkah di atas, saya menolong mereka gunting jalur-jalur kertas di hujung layang-layang sebagai ekor layang-layang.
  • Kemudian, saya menolong mereka ikatkan tali.













  • Apabila semua sudah siap, saya bagi mereka terbangkan layang-layang di halaman sekolah.





Tuesday, October 27, 2015

Membuat Layang-layang - Bahagian 1

Tarikh: 1hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm



  • Hari ini kanak-kanak cuba membuat layang-layang yang mudah.
  • Cara untuk membuat layang-layang ini, mereka pernah belajar dalam buku cerita "Mari Kita Membuat" yang saya bacakan sebelum ini.
  • Hari ini, saya suruh mereka melukis gambar atas layang-layang mereka dahulu.











Monday, October 19, 2015

Bulan

Tarikh: 30hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji semua perkataan yang dipelajari mereka semalam yang ada di dalam buku "Burung Nuri Saya"
  • Tunjuk video "Bulan" - cerita mengapa bentuk bulan menjadi separuh


Burung Nuri Saya

Tarikh: 29hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji semua perkataan yang mereka pelajari dalam buku-buku yang sudah saya bacakan mengenai langit dan benda-benda sekeliling langit termasuk benda yang boleh terbang di atas langit.
  • Buku cerita - "Burung Nuri Saya"
  • Cerita tentang seekor burung nuri yang dibela oleh seorang budak. Cerita ini menceritakan apa yang burung nuri itu boleh buat, termasuk
    • berkata-kata
    • bersiul
    • menunggang basikal
    • terbang
    • bermain sembunyi-sembunyi
  • Budak itu pula
    • memberi burung nuri makan setiap hari
    • menyikat bulunya setiap hari
  • Tetapi pada waktu malam pula, budak itu tidak dapat tidur lena kerana burung nuri dia sangat bising!


Friday, October 16, 2015

Pesta Wau dan Layang-layang

Tarikh: 25hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji perbendaharaan kata mengenai "Perayaan Kuih Bulan"
  • Menonton video "Pesta Wau dan Layang-layang"
  • Tengok pelbagai jenis wau dan layang-layang yang luar biasa
  • Tengok satu kumpulan pemain layang-layang membuat persembahan



Thursday, October 15, 2015

Perayaan Kuih Bulan

Tarikh: 23hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Sempena perayaan kuih bulan, saya mengajar kanak-kanak perkataan yang berkaitan dengan perayaan ini.
    • Perayaan Kuih Bulan
    • Kuih Bulan
    • Minum teh
    • Teko
    • Arnab (ulangkaji)
    • Bulat (ulangkaji)
    • Tanglung
    • Awan (ulangkaji)


Tuesday, October 13, 2015

Bulan dengan Api-api

Tarikh: 22hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji semua perbendaharaan kata yang telah mereka pelajari di dalam buku-buku cerita yang telah dibacakan kebelakangan ini, termasuk buku-buku "Boleh Kamu Nampak Saya?", "Anak Monyet Mahu Bulan", dan "Belon Beruang Teddy".
  • Buku cerita - "Bulan dengan Api-api"
  • Cerita ini menceritakan bulan yang besar, cantik dan terang mengetawakan api-api yang kecil tetapi cuba menerangi jalan untuk orang ramai. Tetapi, api-api menjawabnya yang api-api mengeluarkan sinaran cahaya sendiri, manakala bulan mendapat cahaya melalui pembalikan sinaran matahari. Selepas mendengar jawapan api-api, bulan berasa malu lalu menyembunyikan diri di sebalik awan.
  • Perkataan yang mereka pelajari termasuk:
    • api-api
    • malam
    • terang
    • gembira
    • lucu
    • cahaya
    • sembunyi

Tuesday, October 6, 2015

Belon Beruang Teddy

Tarikh: 21hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Buku cerita - "Belon Beruang Teddy"
  • Cerita ini mengenai seekor beruang meniup sebiji belon. Apabila belon itu menjadi besar, beruang mula terbang tinggi dan terbang melalui beberapa tempat sebelum belon itu meletup.
  • Perkataan-perkataan yang mereka belajar di dalam buku ini (termasuk perkataan yang sudah pernah mereka pelajari sebelum ini) adalah:
    • beruang
    • belon
    • besar
    • terbang
    • tinggi
    • padang rumput
    • hutan
    • bukit
    • awan
  • Ulangkaji semua perkataan yang telah mereka belajar yang mengenai atas langit.

Klik buku untuk versi buku elektronik


Monday, October 5, 2015

Anak Monyet Mahu Bulan

Tarikh: 17hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Buku Cerita - "Anak Monyet Mahu Bulan"
  • Memilih buku ini sebab berkaitan dengan bulan.
  • Cerita menceritakan seekor anak monyet yang sangat manja. Ia mahu apa-apa sahaja yang dilihatnya. Kebanyakan masa, ibu anak monyet akan memenuhi permintaannya. Pada suatu malam, anak monyet ini nampak bulan sangat cantik. Ia mula menangis dan tetap mahu bulan itu, walaupun ibunya sudah memberitahu bulan itu terlalu tinggi, ibunya tidak boleh capai bulan itu. Akhirnya, ibu monyet mendapat akal. Ia memanjat atas pokok dan cuba mengait "bulan" yang di dalam kolam itu dengan sebatang kayu. Tiba-tiba, ia terjatuh ke dalam kolam.
  • Moral cerita ini - Jangan terlalu manjakan anak kerana anak yang manja menyusahkan ibu bapa.
  • Perkataan baru yang dipelajari mereka
    • manja
    • guling-guling
    • menangis
    • jatuh
    • bulu
    • ekor
    • jerit
    • terang