Wednesday, May 27, 2015

Warna-warni - Putih Menjadi Biru

Minggu: 11hb - 15hb Mei, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Warna
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Setelah menunjukkan mereka video Upin Ipin mengenai warna dan pelangi, saya membacakan mereka satu buku cerita yang bertajuk ‘Putih Menjadi Biru'. Buku cerita ini menceritakan seekor kucing putih menjadi biru, apabila dikejar oleh kanak-kanak dalam kelas yang sedang belajar tentang celup kain dan terlompat ke dalam baldi berisi pencelup berwarna biru.

Selepas membacakan cerita ini, saya berjanji dengan murid-murid bahawa saya akan menyediakan perca kain dan warna untuk mereka mencuba mewarnakan kain dengan cara 'ikat-dan-celup', seperti yang diceritakan di dalam buku ini. Walaubagaimanapun, projek ini terpaksa ditundakan ke minggu depan disebabkan kita tidak dapat warna yang boleh diserapkan kain pada minggu ini. 

Di samping itu, mereka akan pergi melawat zoo negara pada minggu depan. Jadi, saya mengulang balik dengan mereka mengenai 12 haiwan yang pernah mereka belajar pada awal tahun, ditambah dengan carta gambar 'Haiwan Di Zoo'. Saya menyuruh mereka bahawa pada minggu depan nanti, cuba carikan ada berapa jenis haiwan yang ada di dalam carta ini boleh dijumpai di zoo negara kita.



Monday, May 25, 2015

Warna-warni - Upin Ipin

Minggu: 4hb - 8hb Mei, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Warna
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Minggu lepas mereka telah mempelajari mengenai warna. Jadi, minggu ini saya sambungkan topik warna dengan membuat ulangkaji dengan menggunakan buku cerita yang sama dan juga bagi mereka melakukan aktiviti yang sama, iaitu mencarikan barang-barang yang mempunyai warna yang disebuti saya.

Selepas itu, saya telah menunjukkan mereka satu video Upin Ipin yang mengenai warna dan pelangi. Dalam video ini, mereka mengetahui bahawa dengan mencampurkan mana-mana tiga warna asas boleh mendapatkan warna-warna yang lain. Selain daripada itu, mereka juga belajar tentang pembentukan pelangi.


Pada hujung minggu ini, mereka juga telah membuatkan satu kad untuk ibu-ibu mereka sebagai hadiah Hari Ibu pada hari Ahad ini. Mereka melukiskan bentuk hati dulu. Selepas itu, mereka menggunakan cap jari mereka untuk membentukkan bentuk hati yang kecil di dalam hati yang dilukiskan itu. 

Lepas itu saya menolong mereka mengguntingkan hati itu untuk dilekatkan atas kad mereka. Akhirnya, mereka melekatkan perkataan-perkataan atas kad mereka.


Monday, May 11, 2015

Warna-Warni

Minggu: 27hb - 30hb April, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Warna
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Minggu ini kami belajar mengenai warna. Saya bagi mereka mewarnakan buah-buahan yang mereka tampal pada minggu lepas. Selepas itu, saya bawa satu buku yang mengenai warna. Mereka telah belajar beberapa nama warna, iaitu:
  1. merah
  2. jingga
  3. kuning
  4. hijau
  5. biru
  6. ungu
  7. putih
  8. hitam
Untuk membantu mereka mengingati nama-nama warna yang baru dipelajari, saya suruh mereka menyebutkan nama warna benda yang saya tunjukkan pada mereka. Selepas itu, saya pula yang menyebut nama warna dan mereka perlu carikan barang-barang dalam kelas yang mempunyai warna yang disebut saya.