Tuesday, June 23, 2015

Warna & Nombor

Minggu: 1hb - 5hb Jun, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Warna
Masa: 4.30pm - 5.30pm


Minggu ini sebelum saya mengakhiri tema warna, saya bagi mereka buat lagi satu kerja kertas yang mengenai warna bergabung dengan nombor supaya mereka boleh lagi mengingati nama warna dan nombor. Saya mencari gambar-gambar yang boleh mewakili setiap warna untuk mereka mewarnakan.








Selepas itu, saya pun bermula tema yang baru, iaitu "Permainan". Saya jumpa mainan kayu yang berwarna-warni ini di dalam bilik kelas mereka. Jadi, saya pun bermula dengan mainan ini sebagai permainan pertama mereka.


Saya suruh mereka keluar bergilir-gilir dan ketuk mengikut arahan yang diberi. Pada peringkat awal, saya hanya mereka mengetuk warna yang disebut saya. Lepas itu, saya meningkatkan sikit kesukarannya, seperti "ketuk warna kuning dua kali", "ketuk warna merah empat kali". Pada peringkat ini, hanya terdapat beberapa orang murid-murid yang tidak dapat mengikuti arahan.


Baju Cantik

Minggu: 25hb - 29hb Mei, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Warna
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Minggu ini saya sambung lagi sikit mengenai warna. Saya tunjukkan mereka gambar benda yang boleh mewakili setiap warna, seperti buah oren untuk warna jingga, anggur untuk warna ungu, dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu, saya juga membawa satu buku gergasi yang bertajuk "Baju Cantik" untuk mereka. Cerita ini sangat menarik. Ia bercerita mengenai seorang budak perempuan mengharapkan dia mempunyai baju magik yang coraknya boleh bertukar-tukar.




Mereka juga telah belajar satu lagu baru pada minggu ini, iaitu "Ikan Kekek". Mereka sangat suka lagu ini.



Tuesday, June 2, 2015

Warna-warni - Celup Kain

Minggu: 18hb - 22hb Mei, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Warna
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Saya telah menyediakan dua warna yang diperbuat daripada bahan-bahan makanan untuk murid-murid mencelup kain. Dua warna itu adalah merah dan kuning. Warna merah adalah daripada ubi bit, manakala warna kuning adalah daripada serbuk kunyit. Kedua-dua bahan ini dicampur dengan air dan cuka supaya warna itu tidak akan hilang apabila kain itu dibasuh.

Pada kali pertama, saya bagi mereka mencuba cara 'ikat dan celup', supaya boleh nampak bentuk yang cantik selepas mencelup kain dalam dua warna itu. Walaubagaimanapun, percubaan ini telah gagal disebabkan kain itu tidak dapat menyerapkan warna itu sepenuhnya. Jadi, tengah-tengah bahagian kain yang diikat itu tidak ada warna.









Pada percubaan kali kedua, saya rendamkan perca kain itu di dalam air dahulu sebelum bagi murid-murid dicelup. Selain itu, saya perasan yang warna ini susah nak diserapkan kain disebabkan saya letak terlalu banyak air. Jadi, kali ini saya tidak lipat dan ikatkan perca kain itu, tetapi membuat lipatan yang besar (supaya senang menyerap warna) dan suruh murid-murid mencelup separuh kain itu di dalam setiap warna. Percubaan kali ini masih tidak berjaya tapi lebih baik berbanding kali pertama. Kali ini, warna kuning sangat jelas di atas kain dan boleh nampak bentuk yang dilipat pada kain. Tetapi, warna merah pula sangat pudar dan warna itu hilang selepas kain itu dijemur di bawah matahari. Nasib baik murid-murid masih rasa puas hati dengan hasil kerja mereka.