Thursday, February 25, 2016

Makan

Tarikh: 19hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini kami sambung ke gambar yang terakhir. Dalam gambar ini, Amin dan keluarganya sedang bermakan atas meja makan.
  • Perkataan yang mereka pelajari hari ini dalam gambar ini adalah
    • makan
    • nasi
    • ikan
    • telur
    • minuman
    • makanan
    • meja makan
    • sudu
    • garpu
    • penyepit - tidak ada dalam gambar, saya tambahkan
    • pinggan
    • mangkuk - tidak ada dalam gambar, saya tambahkan

Meja Televisyen, Sofa, Langsir

Tarikh: 18hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulang balik perkataan "menonton televisyen" dan hari ini kebanyakan mereka sudah boleh meningati dan boleh sebut dengan betul.
  • Selepas itu, saya mengajar mereka nama-nama benda lain yang ada dalam gambar, termasuk
    • meja televisyen
    • sofa
    • langsir - tunjuk pada mereka yang di dalam kelas mereka juga ada langsir
  • Aktiviti: saya tunjuk benda-benda dalam kelas, mereka sebutkan nama, termasuk langsir yang baru mereka pelajari.

Menonton Televisyen

Tarikh: 17hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm


  • Hari ini saya bagi mereka melukis di atas lantai halaman tadika dengan kapur. Kebanyakan mereka tidak pernah nampak dan guna kapur sebelum ini. 
  • Mereka rasa sangat menarik sebab boleh lukis di atas lantai dan guna kaki gosok atas lukisan sahaja, lukisan akan hilang pula. 
  • Mereka juga rasa menarik yang kapur boleh dipatahkan dengan senang.
  • Selepas itu, kami masuk ke dalam kelas dan sambung dengan empat gambar dalam buku besar itu. 
  • Hari ini sudah sampai gambar ketiga - menonton televisyen. Perkataan ini agak panjang untuk mereka dan perkataan "menonton" agak susah untuk mereka sebutkan, jadi saya suruh mereka mengingati "televisyen" dahulu.
  • Esok saya akan ajar mereka nama-nama benda lain yang ada dalam gambar ini.

Thursday, February 18, 2016

Ulangkaji

Tarikh: 15hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Selepas cuti seminggu untuk Tahun Baru Cina, hari ini saya membuat ulangkaji semua yang telah mereka pelajari, termasuk
    • Diri Saya - nama-nama anggota badan
    • Ucapan Selamat
    • Gelaran setiap ahli keluarga
    • Nama-nama benda di dalam kelas - saya sebutkan nama, mereka carikan atau tunjukkan
    • Nama ruang di dalam tadika - saya sebutkan, mereka tunjukkan
    • Aktiviti: mereka membuat mengikuti arahan yang saya bagi, seperti lompat, jalan, angkat tangan/kaki, baring, merangkak, dan lain-lain.



*Nota: 3hb Feb sehingga 5hb Feb tidak ada kelas sebab saya ambil cuti.

Monday, February 15, 2016

Selamat Tahun Baru Cina

Tarikh: 2hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Tahun baru Cina sudah menjelang, hari ini saya mengajar mereka perkataan yang berkaitan.
    • Selamat Tahun Baru Cina
    • Ang Pau
    • Limau
    • Bunga Api
    • Tarian Singa
    • Biskut Raya
    • Minuman



Tuesday, February 2, 2016

Berkelah + Membeli-belah

Tarikh: 1hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji kedua-dua gambar di dalam buku besar yang telah mereka pelajari pada dua hari yang lalu
  • Disebabkan banyak perkataan yang baru, mereka tidak dapat ingat kebanyakan perkataan lagi. Jadi hari ini saya tidak tambahkan lagi perkataan baru, tetapi hanya membuat ulangkaji dengan mereka.
  • Saya telah berjanji kepada mereka, selepas mereka sudah dapat belajar semua gambar dan mengingati semua perkataan, saya akan bagi mereka buat kerja kertas yang pertama. 
  • Untuk membuat kerja kertas ini, saya memerlukan pertolongan ibu bapa untuk menyediakan gambar setiap ahli keluarga dan cetak gambar berwarna atas kertas biasa, untuk dibawakan oleh murid-murid ke sekolah. Saya akan menggunakan gambar-gambar ini untuk mereka melekatkan gelaran untuk setiap ahli keluarga.

Monday, February 1, 2016

Membeli-belah Di Pasar Raya

Tarikh: 29hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji perkataan yang telah mereka belajar semalam di dalam gambar pertama di dalam buku besar.
  • Sambung ke gambar yang kedua - membeli-belah di dalam pasar raya.
  • Perkataan hari ini adalah
    • membeli-belah
    • kotak
    • sabun
    • troli
  • Ulangkaji nama-nama benda di dalam kelas dan juga nama-nama badan. Mereka boleh mengingati kebanyakannya dan boleh menujukkan dengan betul apabila saya sebutkan nama-nama tersebut.

Berkelah Di Tepi Pantai

Tarikh: 28hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji ucapan selamat
  • Sambung "Keluarga Saya" di dalam buku besar. Muka surat baru ada 4 gambar tentang aktiviti-aktiviti yang selalu Amin buat dengan keluarganya.
  • Hari ini kami cerita gambar yang pertama - Amin sekeluarga berkelah di tepi pantai.
  • Perkataan yang mereka belajar hari ini berdasarkan gambar tersebut termasuk
    • berkelah
    • tepi pantai
    • laut
    • kain
    • pasir
    • pokok
    • payung
    • mandi
  • Ulangkaji nama-nama benda di dalam kelas.
  • Tambah perkataan baru
    • papan tulis
    • pemadam