Thursday, September 29, 2016

Buku Binatang - Bahagian 1

Tarikh: 25hb Ogos, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Unit: Haiwan Peliharaan
Masa: 3pm - 4pm
  • Ulangkaji
    • nama haiwan istimewa Ravi - Kameleon
    • surihkan nama-nama haiwan - saya salinkan perkataan itu di atas papan tulis, mereka surihkan dengan pen marker supaya mereka tidak terlukis atas buku besar

  • Saya telah meminjam sebuah buku yang mempunyai pelbagai jenis gambar dan nama binatang. Hari ini saya tunjukkan pada mereka. Antara binatang yang telah mereka pelajari hari ini termasuk
    • anjing
    • kucing
    • ayam
    • kura-kura
    • singa
    • harimau
    • gajah


Haiwan Kesayangan Ravi

Tarikh: 24hb Ogos, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Unit: Haiwan Peliharaan
Masa: 3pm - 4pm
  • Buku cerita - "Haiwan Kesayangan Ravi"
    • Cerita tentang Ravi mahu membela haiwan tetapi tidak menjumpai haiwan yang disukainya di kedai haiwan peliharaan. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia ternampak tanda tentang ada haiwan istimewa untuk dijual. Selepas dia nampak haiwan istimewa itu, dia sangat suka dan ibu pun membelikan untuknya.
    • Haiwan istimewa itu adalah seekor Kameleon.
    • Saya tanya mereka siapa ada bela haiwan di rumah. Kalau tidak, haiwan apa yang mereka ingin belakan? Antara jawapan yang diberi termasuk
      • ikan
      • anjing
      • gajah (saya beritahu mereka ini besar sangat, tidak sesuai menjadi haiwan peliharaan)
      • serigala (haiwan ini ganas, mungkin tidak sesuai juga menjadi haiwan peliharaan)

Wednesday, September 28, 2016

Susun Gambar - Bahagian 2

Tarikh: 23hb Ogos, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Unit: Haiwan Peliharaan
Masa: 3pm - 4pm
  • Sambung susun gambar

    • Kami ulangkaji gambar-gambar yang di atas dahulu.
    • Selepas itu, saya suruh mereka mencuba lagi untuk susunkan gambar-gambar di bawah.
    • Mereka masih tidak dapat susun dengan betul. Saya terangkan kepada mereka sebab-sebab susunan mereka salah dan ajar mereka susunan yang betul.
    • Perkataan/frasa baru yang mereka pelajari termasuk
      • akuarium
      • beg plastik
      • masukkan ikan dan air ke dalam akuarium
      • memberi ikan makan
    • Saya sebutkan perkataan yang ada di bawah gambar-gambar dan surihkan perkataan tersebut.
    • Selepas itu, saya padamkan dan bagi mereka cuba untuk surihkan secara bergilir-gilir.

Susun Gambar - Bahagian 1

Tarikh: 22hb Ogos, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Unit: Haiwan Peliharaan
Masa: 3pm - 4pm
  • Susunkan gambar
    • Saya tanya dan terangkan setiap gambar dahulu.
    • Selepas itu, saya suruh mereka cuba untuk menyusun gambar-gambar tersebut. Mereka tidak dapat susunkan dengan betul.
    • Saya terangkan lagi setiap gambar dan tunjukkan mereka susunan yang betul.
    • Perkataan/frasa baru yang mereka pelajari dalam gambar-gambar ini termasuk
      • lobak merah
      • sangkar
      • membawa lobak merah
      • memberi arnab makan
      • tengok arnab makan
    • Esok kami akan sambung dengan gambar-gambar di bawah.


Menyanyi - BINGO

Tarikh: 18hb Ogos, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Unit: Haiwan Peliharaan
Masa: 3pm - 4pm
  • Menyanyi
    • Lagu baru - "BINGO"
      • Lagu ini kanak-kanak belajar untuk tepuk tangan mengikut rentak, tetapi semasa bertepuk tangan tidak boleh menyanyi lirik itu.
      • Ini adalah sangat susah untuk mereka, tetapi mereka berasa sangat seronok.


Ulangkaji - Beli Haiwan Peliharaan

Tarikh: 16hb Ogos, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Unit: Haiwan Peliharaan
Masa: 3pm - 4pm
  • Ulangkaji gambar semalam
    • kedai haiwan peliharaan
    • ibu beli kucing
    • kakak menjaga kucing
    • memberi kucing minum susu
    • memberi kucing makan ikan

Mari Bercerita - Beli Kucing

Tarikh: 15hb Ogos, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Unit: Haiwan Peliharaan
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji
    • "Saya ada [haiwan]"
    • "Ini [haiwan]. [haiwan] ini boleh [kemahiran]."
  • Tengok gambar dan bercerita


      1. Ibu membawa kakak pergi ke kedai haiwan peliharaan. Ibu belikan kakak seekor kucing.
      2. Di rumah, kakak memberi kucing minum susu.
      3. Kakak juga memberi kucing makan ikan.

    Thursday, September 8, 2016

    Ulangkaji Penjodoh Bilangan "ekor"

    Tarikh: 12hb Ogos, 2016
    Kelas: Manggis
    Guru: Cikgu Kok
    Unit: Haiwan Peliharaan
    Masa: 3pm - 4pm
    • Ulangkaji
      • "Saya ada ____________ ."
      • Ini apa? "Ini ___________ . "
    • Mereka tidak ingat sangat "ekor", hari ini ulangkaji lagi dan juga bagi contoh guna "ekor" pada haiwan yang lain daripada gambar dalam buku besar. Misalnya,
      • satu ekor anjing
      • dua ekor monyet
    • Menyanyi "Saya bermain ... "

    Wednesday, September 7, 2016

    Apa yang ..... boleh buat?

    Tarikh: 11hb Ogos, 2016
    Kelas: Manggis
    Guru: Cikgu Kok
    Unit: Haiwan Peliharaan
    Masa: 3pm - 4pm
    • Ulangkaji
      • Ayat "Saya ada _____________."
    • Muka surat baru - "Apa yang ______ boleh buat?"
      • Pada mulanya, saya tunjukkan gambar dan tanya "Ini apa?"
        • Mereka jawab "Ini [haiwan]." Contohnya, "Ini ikan."
      • Lepas itu, saya tanya "[haiwan] boleh buat apa?"
        • Mereka jawab "[haiwan] boleh [kemahiran]". Contohnya, "Ikan boleh berenang."

    Saya ada ......

    Tarikh: 10hb Ogos, 2016
    Kelas: Manggis
    Guru: Cikgu Kok
    Unit: Haiwan Peliharaan
    Masa: 3pm - 4pm
    • Ulangkaji sebut bilangan haiwan peliharaan dengan penjodoh bilangan "ekor". Misalnya
      • satu ekor kucing
      • dua ekor ikan
    • Ayat "Saya ada _____________"
      • Saya ada satu ekor kucing.
      • Saya ada satu ekor kura-kura.
      • Saya ada dua ekor ikan.

    Monday, September 5, 2016

    Mari Mengira Haiwan

    Tarikh: 9hb Ogos, 2016
    Kelas: Manggis
    Guru: Cikgu Kok
    Unit: Haiwan Peliharaan
    Masa: 3pm - 4pm
    • Ulangkaji
      • nama-nama haiwan peliharaan yang telah mereka belajar
      • mari mengira
        • mengira bilangan haiwan yang ditunjukkan di dalam gambar
        • selepas mengira, sebutkan dalam ayat penuh, contohnya
          • satu ekor kucing
          • dua ekor hamster

    Unit Baru - Haiwan Peliharaan

    Tarikh: 8hb Ogos, 2016
    Kelas: Manggis
    Guru: Cikgu Kok
    Unit: 
    Haiwan Peliharaan
    Masa: 3pm - 4pm
    • Ulangkaji
      • Ini apa? Ini ... ...
      • ... ... ini berwarna ... ...
      • Lagu "Saya bermain ... ..."
    • Unit baru buku besar - "Haiwan Peliharaan"
      • haiwan-haiwan yang telah mereka pelajari adalah
        • kura-kura
        • hamster
        • ikan
        • katak
        • arnab
        • kucing
      • ayat
        • Saya di kedai haiwan peliharaan.
      • aktiviti:
        • Mereka meniru bunyi atau pergerakan setiap haiwan yang mereka belajar.

    Dua Ayat Yang Berkaitan

    Tarikh: 2hb Ogos, 2016
    Kelas: Manggis
    Guru: Cikgu Kok
    Unit: Masa Bermain
    Masa: 3pm - 4pm
    • Dua ayat yang berkaitan
      • Ini [barang].
      • [Barang] ini berwarna [warna].
      • Contohnya,
        • Ini bola.
        • Bola ini berwarna hijau.