Thursday, October 29, 2015

Membuat Layang-layang - Bahagian 2

Tarikh: 2hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Hari ini mereka sambung membuat layang-layang mereka.
  • Saya mengajar mereka melipat layang-layang dahulu.
  • Selepas itu, saya mengajar mereka menebuk satu lubang kecil di sisi layang-layang mereka.
  • Apabila mereka sudah siapkan semua langkah-langkah di atas, saya menolong mereka gunting jalur-jalur kertas di hujung layang-layang sebagai ekor layang-layang.
  • Kemudian, saya menolong mereka ikatkan tali.













  • Apabila semua sudah siap, saya bagi mereka terbangkan layang-layang di halaman sekolah.





Tuesday, October 27, 2015

Membuat Layang-layang - Bahagian 1

Tarikh: 1hb Oct, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm



  • Hari ini kanak-kanak cuba membuat layang-layang yang mudah.
  • Cara untuk membuat layang-layang ini, mereka pernah belajar dalam buku cerita "Mari Kita Membuat" yang saya bacakan sebelum ini.
  • Hari ini, saya suruh mereka melukis gambar atas layang-layang mereka dahulu.











Monday, October 19, 2015

Bulan

Tarikh: 30hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji semua perkataan yang dipelajari mereka semalam yang ada di dalam buku "Burung Nuri Saya"
  • Tunjuk video "Bulan" - cerita mengapa bentuk bulan menjadi separuh


Burung Nuri Saya

Tarikh: 29hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji semua perkataan yang mereka pelajari dalam buku-buku yang sudah saya bacakan mengenai langit dan benda-benda sekeliling langit termasuk benda yang boleh terbang di atas langit.
  • Buku cerita - "Burung Nuri Saya"
  • Cerita tentang seekor burung nuri yang dibela oleh seorang budak. Cerita ini menceritakan apa yang burung nuri itu boleh buat, termasuk
    • berkata-kata
    • bersiul
    • menunggang basikal
    • terbang
    • bermain sembunyi-sembunyi
  • Budak itu pula
    • memberi burung nuri makan setiap hari
    • menyikat bulunya setiap hari
  • Tetapi pada waktu malam pula, budak itu tidak dapat tidur lena kerana burung nuri dia sangat bising!


Friday, October 16, 2015

Pesta Wau dan Layang-layang

Tarikh: 25hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau dan Langit
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji perbendaharaan kata mengenai "Perayaan Kuih Bulan"
  • Menonton video "Pesta Wau dan Layang-layang"
  • Tengok pelbagai jenis wau dan layang-layang yang luar biasa
  • Tengok satu kumpulan pemain layang-layang membuat persembahan



Thursday, October 15, 2015

Perayaan Kuih Bulan

Tarikh: 23hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Sempena perayaan kuih bulan, saya mengajar kanak-kanak perkataan yang berkaitan dengan perayaan ini.
    • Perayaan Kuih Bulan
    • Kuih Bulan
    • Minum teh
    • Teko
    • Arnab (ulangkaji)
    • Bulat (ulangkaji)
    • Tanglung
    • Awan (ulangkaji)


Tuesday, October 13, 2015

Bulan dengan Api-api

Tarikh: 22hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji semua perbendaharaan kata yang telah mereka pelajari di dalam buku-buku cerita yang telah dibacakan kebelakangan ini, termasuk buku-buku "Boleh Kamu Nampak Saya?", "Anak Monyet Mahu Bulan", dan "Belon Beruang Teddy".
  • Buku cerita - "Bulan dengan Api-api"
  • Cerita ini menceritakan bulan yang besar, cantik dan terang mengetawakan api-api yang kecil tetapi cuba menerangi jalan untuk orang ramai. Tetapi, api-api menjawabnya yang api-api mengeluarkan sinaran cahaya sendiri, manakala bulan mendapat cahaya melalui pembalikan sinaran matahari. Selepas mendengar jawapan api-api, bulan berasa malu lalu menyembunyikan diri di sebalik awan.
  • Perkataan yang mereka pelajari termasuk:
    • api-api
    • malam
    • terang
    • gembira
    • lucu
    • cahaya
    • sembunyi

Tuesday, October 6, 2015

Belon Beruang Teddy

Tarikh: 21hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Buku cerita - "Belon Beruang Teddy"
  • Cerita ini mengenai seekor beruang meniup sebiji belon. Apabila belon itu menjadi besar, beruang mula terbang tinggi dan terbang melalui beberapa tempat sebelum belon itu meletup.
  • Perkataan-perkataan yang mereka belajar di dalam buku ini (termasuk perkataan yang sudah pernah mereka pelajari sebelum ini) adalah:
    • beruang
    • belon
    • besar
    • terbang
    • tinggi
    • padang rumput
    • hutan
    • bukit
    • awan
  • Ulangkaji semua perkataan yang telah mereka belajar yang mengenai atas langit.

Klik buku untuk versi buku elektronik


Monday, October 5, 2015

Anak Monyet Mahu Bulan

Tarikh: 17hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Buku Cerita - "Anak Monyet Mahu Bulan"
  • Memilih buku ini sebab berkaitan dengan bulan.
  • Cerita menceritakan seekor anak monyet yang sangat manja. Ia mahu apa-apa sahaja yang dilihatnya. Kebanyakan masa, ibu anak monyet akan memenuhi permintaannya. Pada suatu malam, anak monyet ini nampak bulan sangat cantik. Ia mula menangis dan tetap mahu bulan itu, walaupun ibunya sudah memberitahu bulan itu terlalu tinggi, ibunya tidak boleh capai bulan itu. Akhirnya, ibu monyet mendapat akal. Ia memanjat atas pokok dan cuba mengait "bulan" yang di dalam kolam itu dengan sebatang kayu. Tiba-tiba, ia terjatuh ke dalam kolam.
  • Moral cerita ini - Jangan terlalu manjakan anak kerana anak yang manja menyusahkan ibu bapa.
  • Perkataan baru yang dipelajari mereka
    • manja
    • guling-guling
    • menangis
    • jatuh
    • bulu
    • ekor
    • jerit
    • terang

Wau Making, Kelantan

Tarikh: 14hb Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Menyanyi lagu "Wau Bulan". Kebanyakan mereka sudah boleh menghafal dan menyanyi perenggan pertama.
  • Ulangkaji perkataan-perkataan yang mereka pelajari di dalam buku "Boleh Kamu Nampak Saya?" pada minggu lepas.
    • langit
    • awan
    • matahari
    • burung
    • pokok
  • Tunjukkan mereka video "Wau Making, Kelantan" - bagi mereka tengok cara untuk membuat wau dan menunjukkan ada banyak jenis wau, selain daripada wau bulan.


Mewarnai Wau Bulan

Minggu: 8hb - 11b Sep, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Wau
Masa: 4.30pm - 5.30pm


  • Belajar lirik "Wau Bulan"
  • Selain itu, saya juga membacakan buku-buku, seperti 
    • "Bapa Membuat Kek" yang berkaitan dengan "Keluarga Saya" yang pernah mereka pelajari dalam buku besar.
    • Ulangkaji kenderaan yang boleh dijumpai di dalam buku "Pengangkutan"
    • "Boleh Kamu Nampak Saya?" yang mengandungi perkataan yang di atas langit atau terbang di udara seperti langit, matahari, awan, dan burung. Mereka belajar nama-nama benda yang di atas udara dan yang di sekeliling wau bila terbang di langit.
  • Mereka juga mewarnai lukisan "Wau Bulan".