Thursday, January 28, 2016

Matahari, bulan

Tarikh: 27hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji ucapan selamat yang telah mereka pelajari semalam.
  • Apabila ulangkaji ucapan siang dan malam, saya pun ajar mereka matahari dan bulan.
  • Ulangkaji nama-nama benda dalam kelas.
  • Tambah perkataan baru
    • kipas
    • lampu
  • Sehingga hari ini, mereka telah belajar banyak perkataan dan dapat mengenal pasti semua benda yang telah saya ajarkan. Jadi, saya mengira bersama mereka jumlah perkataan yang telah mereka mengenal. Menakjubkan! Mereka telah mengenali 14 perkataan dan mereka boleh mengingati kesemuanya!
  • Ulangkaji nama-nama ruang khas.

Ucapan Selamat

Tarikh: 26hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji ayat-ayat yang mereka belajar pada minggu lepas.
  • Belajar ucapan selamat.
    • Selamat pagi, bapa.
    • Selamat tengah hari, ibu.
    • Selamat petang, bapa.
    • Selamat malam, ibu.
  • Nyanyi "Selamat pagi" dengan melodi "Selamat hari jadi". Lepas itu, berganti-ganti perkataan pagi dengan waktu yang lain.
  • Ulangkaji nama-nama benda di dalam yang telah mereka mengingati.
  • Tambah perkataan baru
    • pintu
    • tingkap
    • jam
  • Ulangkaji nama ruang khas

Wednesday, January 27, 2016

Bakul, Mainan

Tarikh: 22hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji gelaran ahli-ahli keluarga dan lagu mereka belajar semalam.
  • Tambah ayat
    • Ini bapa/ibu/datuk/nenek saya.
    • Saya sayang bapa/ibu/datuk/nenek/abang/kakak/adik saya.
  • Ulangkaji nama benda-benda di dalam kelas.
  • Tambah perkataan baru
    • bakul
    • mainan
  • Ajar nama ruang khas sekali lagi
    • tandas
    • kelas
    • ruang makan
  • Aktiviti: saya sebut nama benda atau nama ruang khas, mereka tunjukkan di mana benda atau tempat itu.

Keluarga Saya

Tarikh: 20hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini kami sambung buku besar ke unit baru - Keluarga Saya.
  • Belajar gelaran untuk ahli-ahli keluarga
    • Bapa
    • Ibu
    • Datuk
    • Nenek
    • Kakak
    • Abang
    • Adik
  • Belajar lagu (melodi lagu "Are you sleeping?")
Ini bapa, ini ibu,
Dan datuk, dan nenek.
Saya sayang abang,
Saya sayang kakak,
Dan adik, dan adik.

  • Membawa mereka melawat sekeliling tadika dan mengenal nama-nama barang dan ruang khas dalam tadika.
    • ruang makan, meja makan
    • kelas
    • pejabat
    • rak buku
    • tangga
    • dapur
    • tandas
  • Semasa berada di tingkat bawah, mereka berjumpa dengan cikgu lain yang sedang bekerja depan komputer. Saya suruh mereka panggil cikgu (dalam Bahasa Malaysia), mereka pula panggil cikgu Ng (黄老师) cikgu Kok. haha... rasanya "Cikgu Kok" untuk mereka sama erti dengan "cikgu"
  • Perkataan hari ini (benda-benda dalam kelas)
    • buku
    • botol air
    • meja
    • kerusi
    • tuala

Fungsi-fungsi Deria

Tarikh: 19hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Sambung buku besar, muka surat terakhir untuk unit "Badan Saya".
    • Mata untuk melihat
    • Telinga untuk mendengar
    • Hidung untuk menghidu
    • Lidah untuk merasa
  • Sambung buku kecil
    • siku
    • lengan
    • jari
    • kuku
    • punggung
    • kaki
    • paha
    • lutut
    • jari kaki

Belakang (badan)

Tarikh: 18hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji semua bahagian badan yang telah mereka pelajari.
  • Sambung dengan buku kecil dan tambah lagi perkataan baru
    • pinggang
    • pergelangan tangan - nama ini agak panjang, saya ingat ini susah untuk mereka sebutkan. Tetapi, mereka dapat sebutkan dengan betul pada kali pertama! Menakjubkan!
    • tapak tangan
    • belakang
  • Aktiviti: - ikut arahan, misalnya
    • tepuk tangan
    • tepuk belakang
    • gerakkan jari
    • gerakkan jari kaki - ada beberapa budak-budak boleh "buka" dan "tutup" jari kaki mereka

Refleks Otot Lutut

Tarikh: 15hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji semua perkataan badan saya.
  • Sebelum sambung buku kecil, saya sambung balik buku besar ke muka surat baru yang mengenai "Badan Saya"
  • Perkataan baru termasuk
    • tangan
    • kaki
    • lutut
    • leher
    • siku
    • jari
  • Saya bagi mereka merasakan refleks otot lutut hari ini. Saya tunjukkan mereka dengan mengetuk lutut saya sendiri. Tetapi rasanya budak-budak ingat saya sendiri yang gerakkan kaki. Selepas itu, ada beberapa budak-budak yang ingin rasa, saya cuba mengetuk lutut mereka. Walaubagaimanapun, hanya seorang dua sahaja yang saya dapat cari tempat yang betul. Yang lain tidak berjaya, jadi mereka pun tidak dapat rasa refleks otot.

Tuesday, January 26, 2016

Badan Saya

Tarikh: 14hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji semua nama bahagian muka yang telah mereka pelajari
  • Sambung dengan buku kecil dan perkataan yang baru hari ini adalah
    • dada
    • perut
    • bahu
  • Aktiviti:
    • Membuat senaman, misalnya
      • angkat tangan/kaki
      • lambai tangan
      • lompat
      • lari
      • duduk atas lantai, hentak kaki
      • duduk atas lantai, gerakkan jari kaki
      • duduk atas lantai, angkat kaki dan membuat gerakan mengayuh basikal

Hidung, Mulut

Tarikh: 13hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji perkataan yang telah mereka pelajari tentang badan.
  • Aktiviti:
    • Saya sebutkan nama bahagian badan dan mereka tunjukkan. Kebanyakan mereka boleh mengingati dan menunjukkan dengan betul.
    • Mengikut arahan - saya sebut "tutup mata", mereka pun tutupkan mata mereka dengan tangan.
  • Tambah bahagian "hidung" dan "mulut" yang ada dalam buku kecil, iaitu
    • lubang hidung
    • bibir
    • gigi
    • lidah

Kepala, Mata

Tarikh: 11hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji "Badan Saya" dan "Muka Saya".
  • Belajar lagu "Muka Saya"
Ini mata, ini hidung,
Mulut dan telinga.
Saya ada mata,
Saya ada hidung,
Mulut dan telinga.

  • Saya telah membawa satu lagi buku kecil yang mengenai badan. Dalam buku ini ada lebih banyak perkataan berbanding dengan buku besar yang saya gunakan sebelum ini sebagai permulaan.
  • Hari ini mereka telah mempelajari perkataan seperti berikut:
    • tubuh saya
    • dahi
    • pipi
    • dagu
    • kening
    • bulu mata

Monday, January 18, 2016

Muka Saya - Bahagian 2

Tarikh: 8hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji "Muka Saya"
  • Aktiviti 1: tunjukkan bahagian yang saya sebutkan, misalnya apabila saya sebut "kepala", mereka perlu tunjukkan di mana kepala mereka
  • Aktiviti 2: ikut arahan dan tiru apa yang saya buat, misalnya
    • tutup mata
    • buka mulut
    • tutup telinga

Muka Saya

Tarikh: 7hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji perkataan baru yang mereka telah belajar semalam
  • Ajar mereka tentang "Muka Saya", perkataan yang telah mereka pelajari adalah
    • kepala
    • mata
    • telinga
    • dagu
    • mulut
    • lidah

Budak Lelaki/Perempuan

Tarikh: 6hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Sambung ajar mereka untuk mengucapkan "Selamat petang, cikgu Kok" dan juga "Terima kasih, cikgu Kok" sebelum dan selepas kelas.
  • Ajar mereka mengenalkan diri dengan menggunakan satu buku besar. Perkataan baru hari ini adalah "Budak Lelaki" dan "Budak Perempuan".
  • Ramai masih tidak dapat menangkap maksudnya, maka ada budak lelaki yang angkat tangan bila saya suruh budak perempuan angkat tangan dan juga sebaliknya.

Tuesday, January 12, 2016

Selamat Petang

Tarikh: 5hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

Hari ini sebelum memulakan kelas, saya membawa mereka bermain di halaman sekolah dahulu. Selepas itu, baru kami masuk ke dalam kelas. Sebagai permulaan, saya mengajar mereka perkataan "berdiri", "duduk", "selamat petang", dan "terima kasih".

Selamat Tahun Baru 2016

Tarikh: 4hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

Selamat menyambut tahun baru 2016! Tahun ini kelas ini ada ramai budak yang baru. Jadi, hari ini saya mengambil masa untuk mengenali semua dahulu dan juga bagi mereka biasakan diri di dalam kelas dan tadika yang baru ini.