Tuesday, July 28, 2015

Pagi Ini Sejuk

Minggu: 13hb - 17hb Julai, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Ulangkaji bentuk - bulat, segi empat, segi tiga
  • Buku cerita - Pagi Ini Sejuk
  • Buku ini banyak mengulangi perkataan "pagi", "sejuk", seperti "Pagi ini sejuk.", "Pagi ini sangat sejuk.".
  • Saya mengajar mereka perkataan "pagi" dan "petang", "sejuk" dan "panas"


Friday, July 24, 2015

Burung Kakak Tua

Minggu: 6hb - 10hb Julai, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Minggu ini saya membawakan mainan buah-buahan untuk murid-murid.
  • ulangkaji nama-nama buah-buahan yang pernah dipelajari sebelum ini: mangga, tembikai, oren, epal, pisang
  • belajar nama-nama buah-buahan yang baru: buah lai, delima
  • saya ajar mereka epal merah dan hijau, sebab mainan ini ada dua jenis epal ini
  • saya ajar mereka besar dan kecil, sebab mainan ini ada di dalam saiz besar dan kecil

Permainan:
  • mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan
  • saya sebut buah-buahan yang saya mahu
  • mereka pergi "membelikan" buah-buahan yang diminta saya
  • tahap 1: beberapa jenis buah-buahan, tapi satu sahaja untuk setiap jenis
  • tahap 2: mencarikan buah-buahan mengikut bilangan yang diberi
  • tahap 3: mencarikan buah-buahan mengikut bilangan dan juga saiz yang diberi
  • permainan di tahap 2 dan 3 memerlukan kerjasama kumpulan untuk mengingati arahan yang diberi
Belajar lagu baru: Burung Kakak Tua


Bentuk

Minggu: 29hb Jun - 3hb Julai, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


Minggu ini belajar tentang bentuk, iaitu
  • bulat
  • segi empat
  • segi tiga



Aktiviti-aktiviti:
  • saya sebut nama bentuk, mereka mencarikan permainan yang berbentuk itu
  • saya sebut nama bentuk, mereka mencarikan di dalam bilik kelas, selain daripada permainan, benda yang berbentuk itu atau benda yang ada bentuk itu dilukis di atas, seperti ikon "play" di atas radio yang berbentuk segi tiga.
  • gabungkan nombor dan bentuk untuk mereka mencarikan barang, misalnya mencarikan 3 permainan yang berbentuk segi empat.

Friday, July 10, 2015

Bulatan dan kon

Minggu: 22hb - 26hb Jun, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Permainan minggu ini adalah untuk melatihkan otot-otot tangan dan kaki mereka, termasuk kawalan tangan dan anggaran jarak.

Permainan 1:
- Alat-alat: bulatan getah dan kon plastik
- Cara main: 
  1. Mereka perlu melontarkan bulatan yang diberikan ke kon plastik yang diletak di hadapan mereka, yang jaraknya tidak jauh. 
  2. Bulatan getah itu sangat ringan dan kon plastik itu kecil, mereka perlu belajar mengawal tenaga dan cara mereka melontar untuk bulatan itu jatuh atas kon plastik itu.

Permainan 2:
- Alat-alat: bulatan getah dan kon plastik
- Cara main:
  1. Saya letakkan kon plastik dalam satu baris. Manakala bulatan-bulatan getah itu saya letah 2 bulatan yang berwarna sama bersebelahan, yang jaraknya sama dengan kanak-kanak berdiri dengan kaki buka, dalam satu baris.
  2. Mereka perlu pusing keliling semua kon plastik itu dari yang pertama sampai ke hujung.
  3. Selepas itu, mereka perlu melompat di atas bulatan-bulatan itu sambil menyebut warna bulatan.
  4. Sesiapa yang salah sebut perlu bermula dari bulatan yang pertama.



Friday, July 3, 2015

Mari Kita Makan Kuih

Minggu: 15hb - 19hb Jun, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Minggu ini sudah bermula berpuasa untuk muslimin dan musliman. Di pasar ramadhan boleh mendapati pelbagai jenis kuih-muih. Jadi, saya membawakan buku bertajuk "Mari Kita Makan Kuih" untuk mereka.



Buku ini sangat menarik. Dalam buku ini bukan sahaja tunjuk gambar-gambar dan nama-nama kuih, tetapi juga menunjukkan bahan-bahan yang diguna untuk setiap kuih dan cara persediaan. Kuih-muih yang ada di dalam buku ini termasuk:
  • pisang goreng
  • putu piring
  • kuih lapis - kegemaran kanak-kanak
  • jemput-jemput pisang
  • karipap - kegemaran kanak-kanak
  • onde-onde
  • kuih pau
  • kuih apam
  • kuih koci
  • muruku - saya telah berjanji nanti kalau saya jumpa, akan belikan untuk mereka merasa
  • putu mayam
  • kuih keria
  • dodol
Selain daripada itu, mereka juga telah membuat satu hadiah untuk diberikan bapa pada Hari Bapa Ahad ini.



Permainan

Minggu: 8hb - 12hb Jun, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Minggu ini mereka sambung dengan permainan. Untuk membantu mereka lagi mengingati warna dan nombor yang telah mereka pelajari, saya gabungkan kedua-dua elemen ini di dalam permainan mereka.

Permainan 1:
- Alat-alat: bola-bola dan bakul-bakul pelbagai warna
- Cara main:
  1. saya suruh mereka mengambil bola mengikut warna yang saya sebut
  2. lepas itu saya suruh balingkan bola ke dalam bakul mengikut warna yang saya sebut

Permainan 2:
- Alat-alat: kertas dan pen
- Cara main:
  1. Saya melekatkan kertas-kertas yang telah saya tuliskan nombor di atas lantai. Setiap keping kertas ada satu nombor sahaja.
  2. Saya sebut satu nombor dan mereka perlu mencari nombor itu dan letakkan kaki di atas kertas itu. Mereka tidak boleh alihkan kaki mereka sehingga saya menyebut nombor seterusnya.