Thursday, March 31, 2016

Ulangkaji "Saya ada di ..."

Tarikh: 15hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Selepas seminggu membuat kertas kerja "Keluarga Saya", hari ini kami mengulangkaji "Rumah Saya" untuk memastikan mereka masih mengingati semua yang telah mereka pelajari seminggu lepas.
  • Pada mulanya, kami mengulangkaji nama-nama ruang di dalam rumah.
  • Selepas itu, kami berlatih sebut dalam ayat, bermula dengan "Saya ada di ... "
    • ruang tamu
    • bilik tidur
    • bilik mandi
    • dapur
  • Selepas mengulangkaji ruang-ruang yang mereka pelajari di dalam buku, kami berlatih dengan ruang-ruang di tadika.
    • kelas
    • tandas
    • ruang makan

Kertas Kerja - Keluarga Saya

Tarikh: 8hb - 14hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Minggu ini, kami membuat kertas kerja "Keluarga Saya" yang telah saya janjikan sebelum dengan mereka.
  • Setiap orang mereka telah membawa gambar keluarga mereka. 
  • Saya mengajar mereka melekatkan gambar mereka di tengah-tengah kertas lukisan.
  • Selepas itu, saya mengajar mereka melekatkan perkataan "Keluarga Saya" dan juga gelaran untuk setiap ahli keluarga mereka, misalnya "Bapa", "Ibu", "Abang", dan lain-lain lagi.
  • Akhirnya, saya suruh mereka menggunakan warna pensel untuk mencantikkan kertas mereka.
  • Walaupun ini kerja yang senang, tetapi ini kali pertama mereka menggunakan glu, jadi mereka perlukan masa yang panjang untuk habiskan kerja ini.



















Dapur

Tarikh: 7hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini sambung dengan barangan yang ada di dalam dapur.
  • Saya menggunakan mainan masak-masak yang ada di dalam kelas mereka.
  • Saya tunjukkan mainan dan sebut nama barang tersebut, mereka pula akan ulang balik.
  • Selepas itu, saya tunjukkan barang dan suruh mereka sebutkan nama. Kebanyakan mereka sudah boleh mengingati dan sebutkan dengan betul. Pandai betul. :)
  • Mainan yang ada di kelas mereka adalah termasuk:
    • cawan
    • piring
    • dapur gas
    • pisau
    • pemotong telur rebus
    • sudu

Wednesday, March 23, 2016

Ulangkaji - Rumah Saya

Tarikh: 4hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini membuat ulangkaji untuk semua yang telah mereka pelajari.
  • Saya tunjukkan gambar atau benda yang boleh dijumpa di dalam kelas, mereka sebutkan namanya. Sesiapa yang dapat jawab dengan betul akan mendapat sekeping stiker~ 



Tuesday, March 22, 2016

Barangan Di Dapur

Tarikh: 3hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji barangan boleh dijumpai di dalam dapur yang telah mereka pelajari sebelum ini.
  • Hari ini pula, saya membawa mereka pergi ke dapur tadika untuk mencarikan 4 barangan di dapur yang telah mereka pelajari, iaitu
    • peti sejuk
    • cerek
    • periuk nasi
    • dapur gas
  • Di antara barangan di atas, selain peti sejuk, bentuk dan rupa yang lain adalah kelihatan berbeza dengan gambar yang mereka lihat di dalam kelas.
  • Mereka jumpa periuk nasi yang besar-besar, tetapi mereka tidak dapat kenalkan cerek tadika.

Peti Sejuk
cerek (gambar dalam kelas)
cerek (di dapur tadika)
periuk nasi (di dapur tadika)
dapur gas
  
periuk nasi (gambar dalam kelas)


Sinki & Cermin Di Dalam Tadika

Tarikh: 2hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji barangan ada di dalam bilik mandi yang telah mereka pelajari.
  • Kemudian, saya membawa mereka mencari dan mengira bersama-sama bilangan "sinki" dan "cermin" yang boleh mereka jumpai di dalam tadika.
  • Mereka menjumpai 6 sinki dan 6 cermin di dalam tadika.
  • Manakala untuk "mangkuk tandas", saya hanya suruh mereka mengira bilangan tandas atau bilik mandi yang ada di dalam tadika disebabkan setiap bilik mandi mempunyai satu mangkuk tandas.

sinki
  
cermin
  
mangkuk tandas

Monday, March 7, 2016

Bilik Mandi

Tarikh: 1hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Sebagai lanjutan, hari ini saya ajar mereka ayat yang lagi panjang. Seperti:
    • Saya duduk di ...
      • Saya duduk di atas kerusi.
      • Saya duduk di atas lantai.
    • Saya makan di ...
      • Saya makan di ruang makan.
      • Saya makan di atas meja makan.
  • Selepas itu, saya sambung ke benda-benda yang boleh dijumpai di dalam ruang-ruang dalam rumah.
  • Pertamanya, benda di dalam bilik mandi
    • sinki
    • sabun
    • cermin
    • mangkuk tandas

Saya di ...

Tarikh: 29hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji nama-nama benda di luar rumah.
  • Ulangkaji nama-nama ruang di dalam rumah yang baru mereka pelajari pada minggu lepas.
  • Sambung dengan latihan membina ayat bermula dengan "Saya di ..."
    • Ulang balik dengan ruang di dalam rumah, mereka masih tidak dapat mengingati nama-nama ruang di dalam rumah
    • Aktiviti: saya bawa mereka pergi ke satu ruang, mereka sebutkan nama ruang tersebut dan sebut dalam ayat penuh. Misalnya, mereka berada di dalam kelas. Mereka sebut "kelas", selepas itu "Saya di kelas."

Wednesday, March 2, 2016

Ruang dalam rumah

Tarikh: 26hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji semua perkataan yang telah mereka belajar mengenai rumah.
  • Aktiviti: berlatih ayat "Ini ... saya.". Saya tunjukkan benda di dalam kelas, mereka isikan tempat kosong dalam ayat. Misalnya, apabila saya tunjuk beg, mereka sebut "Ini beg saya."
  • Selepas itu, saya sambung dengan muka surat seterusnya. Mereka belajar tentang bilik-bilik atau ruang di dalam rumah.
    • Ruang tamu
    • Bilik tidur
    • Bilik mandi
    • Dapur
  • Saya ajar mereka ayat "Saya di ..." dengan isikan semua perkataan di atas.
  • Sebagai tambahan, saya ajar mereka sebut dengan isikan nama-nama ruang di sekolah.
    • Saya di kelas.
    • Saya di tandas.
    • Saya di ruang makan.

Tuesday, March 1, 2016

Ini Rumah Saya

Tarikh: 25hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini ulangkaji balik perkataan yang telah mereka pelajari dahulu.
  • Lepas itu, saya ajar mereka sebut ayat penuh - "Ini rumah saya".
  • Untuk memastikan mereka faham ayat ini, saya suruh mereka mengulang dengan benda yang lain.
    • Ini buku saya.
    • Ini botol air saya.
    • Ini beg saya.

Rumah Saya

Tarikh: 24hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini kami mengulangkaji keempat-empat gambar dalam buku besar yang telah mereka pelajari.
  • Selepas itu, kami memulakan unit baru, iaitu "Rumah Saya".
  • Perkataan yang telah mereka pelajari adalah
    • bumbung
    • tingkap
    • pintu
    • dinding
    • pagar
  • Perkataan "tingkap" dan "pintu" mereka telah pelajari sebelum ini, jadi ini adalah ulangkaji untuk mereka. Perkataan yang mereka sukar mengingati adalah "pagar".