Friday, April 29, 2016

Ulangkaji - membaca, mengira, melukis, menulis

Tarikh: 30hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Sekolah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini kami mengulangkaji 4 aksi yang telah mereka pelajari pada dua hari yang lalu - membaca, mengira, melukis, menulis
  • Selepas itu, saya membuat aksi, mereka sebutkan apa yang saya buat. Misalnya,
    • membaca - saya mengambil buku dan bacakan
    • mengira - saya tunjukkan jari dan mengira

Wednesday, April 27, 2016

Melukis Bentuk

Tarikh: 24hb-28hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Sekolah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini saya telah menyediakan kertas yang mempunyai bentuk-bentuk dengan titik surih untuk mereka melukis, seperti yang telah saya janjikan mereka semalam.
  • Bentuk-bentuk yang di dalam kertas ada segi empat, segi tiga, bulat, dan bintang.
  • Mereka boleh surih bentuk-bentuk tersebut dulu, lepas itu mereka pun boleh mewarnakan bentuk-bentuk tersebut.
  • Mereka telah menggunakan 3 hari untuk menghabiskan aktiviti ini.




















Monday, April 25, 2016

Belajar di dalam kelas

Tarikh: 23hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Sekolah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini mengajar mereka aktiviti yang mereka buat semasa pelajaran di dalam kelas.
    • membaca
    • menulis
    • melukis
    • mengira
  • Selepas penerangan, saya membuat aksi, mereka sebutkan nama aksi saya.
    • membaca - saya membacakan buku
    • menulis - saya menulis huruf-huruf di atas papan putih
    • melukis - saya melukis bentuk-bentuk di atas papan putih
    • mengira - saya menulis nombor-nombor dan juga beberapa bentuk yang sama, kami mengira bersama-sama

Monday, April 4, 2016

Main Di Padang

Tarikh: 22hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Sekolah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Mereka sudah lama belajar mengenai Rumah Saya. Akhirnya, hari ini kami memulakan unit yang baru - Sekolah Saya.
  • Ruang-ruang di dalam sekolah yang telah mereka pelajari berdasarkan buku besar yang kami gunkan untuk belajar.
    • kelas
    • tandas
    • padang
    • pejabat
  • Ajar mereka sebut dalam ayat untuk aktiviti yang mereka suka dan boleh dilakukan di padang.
    • Saya lari di padang.
    • Saya main di padang.
    • Saya main bola di padang.
  • Aktiviti:
    • Saya baling bola, mereka tangkapkan.
    • Selepas itu, mereka pula baling bola balik kepada saya.

Saya ...(aktiviti) di ... (tempat)

Tarikh: 21hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji nama-nama ruang di dalam rumah.
  • Belajar membuat ayat "Saya ... di ...".
    • Saya belajar di kelas.
    • Saya baca di kelas.
    • Saya basuh tangan di bilik mandi.
    • Saya mandi di bilik mandi.
    • Saya kencing di tandas.

Aktiviti Ahli Keluarga Di Dalam Rumah - Bahagian 2

Tarikh: 18hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm


  • Sebagai sambungan dengan apa yang telah mereka pelajari, hari ini saya ajar mereka panjangkan ayat dengan tambahkan ruang di dalam rumah, berdasarkan gambar.
    • Ibu memasak di dapur.
    • Bapa menonton televisyen di ruang tamu.
    • Adik mandi di bilik mandi.
    • Kakak tidur di bilik tidur.

Cuti

Tarikh: 17hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

Hari ini tidak ada kelas sebab saya mengambil cuti.

Aktiviti Ahli Keluarga Di Dalam Rumah

Tarikh: 16hb Mar, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Rumah Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Hari ini ajar mereka aktiviti yang dilakukan oleh setiap ahli keluarga di dalam rumah, berdasarkan gambar di dalam buku besar.
    • memasak
    • menonton televisyen
    • mandi
    • tidur
  • Selepas itu, ajar mereka tambahkan ahli keluarga di dalam gambar untuk menjadikan satu ayat pendek.
    • Ibu memasak.
    • Ayah menonton televisyen.
    • Adik mandi.
    • Kakak tidur.