Thursday, August 6, 2015

Bomba

Minggu: 20hb - 24hb Julai, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm
  • Belajar perkataan yang baru, yang maksudnya bertentangan, termasuknya 
    • "besar" dan "kecil"
    • "gemuk" dan "kurus"
    • "tinggi" dan "rendah"
    • dan lain-lain lagi
  • Memperkenalkan bomba sebagai persediaan untuk lawatan pada 4hb Ogos
  • Bomba
    • balai bomba
    • ahli bomba
    • jentera bomba
    • alat pemadam api
    • kapak api
    • pili bomba
    • dan lain-lain lagi
  • Jika sekolah berlaku kebakaran, apakah yang perlu dibuat?
    • Tidak boleh menjerit dan berlari-lari
    • Beratur dengan pantas dan ikut arahan cikgu keluar dari pintu kecemasan dan berkumpul di tempat yang selamat
  • Apabila berlaku kebakaran, apakah yang perlu dibuat jika terperangkap di dalam bangunan yang penuh dengan asap tebal?
    • Tutup hidung dan mulut
    • Tunduk dan merangkak
    • Mencari tempat keluar
  • Jika baju terbakar, apakah yang perlu dibuat?
    • Jangan lari
    • Baring dan bergolek di atas lantai
  • Menonton video Upin Ipin yang mengenai bomba

No comments:

Post a Comment