Thursday, September 29, 2016

Haiwan Kesayangan Ravi

Tarikh: 24hb Ogos, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Unit: Haiwan Peliharaan
Masa: 3pm - 4pm
  • Buku cerita - "Haiwan Kesayangan Ravi"
    • Cerita tentang Ravi mahu membela haiwan tetapi tidak menjumpai haiwan yang disukainya di kedai haiwan peliharaan. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia ternampak tanda tentang ada haiwan istimewa untuk dijual. Selepas dia nampak haiwan istimewa itu, dia sangat suka dan ibu pun membelikan untuknya.
    • Haiwan istimewa itu adalah seekor Kameleon.
    • Saya tanya mereka siapa ada bela haiwan di rumah. Kalau tidak, haiwan apa yang mereka ingin belakan? Antara jawapan yang diberi termasuk
      • ikan
      • anjing
      • gajah (saya beritahu mereka ini besar sangat, tidak sesuai menjadi haiwan peliharaan)
      • serigala (haiwan ini ganas, mungkin tidak sesuai juga menjadi haiwan peliharaan)

No comments:

Post a Comment