Wednesday, May 27, 2015

Warna-warni - Putih Menjadi Biru

Minggu: 11hb - 15hb Mei, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Warna
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Setelah menunjukkan mereka video Upin Ipin mengenai warna dan pelangi, saya membacakan mereka satu buku cerita yang bertajuk ‘Putih Menjadi Biru'. Buku cerita ini menceritakan seekor kucing putih menjadi biru, apabila dikejar oleh kanak-kanak dalam kelas yang sedang belajar tentang celup kain dan terlompat ke dalam baldi berisi pencelup berwarna biru.

Selepas membacakan cerita ini, saya berjanji dengan murid-murid bahawa saya akan menyediakan perca kain dan warna untuk mereka mencuba mewarnakan kain dengan cara 'ikat-dan-celup', seperti yang diceritakan di dalam buku ini. Walaubagaimanapun, projek ini terpaksa ditundakan ke minggu depan disebabkan kita tidak dapat warna yang boleh diserapkan kain pada minggu ini. 

Di samping itu, mereka akan pergi melawat zoo negara pada minggu depan. Jadi, saya mengulang balik dengan mereka mengenai 12 haiwan yang pernah mereka belajar pada awal tahun, ditambah dengan carta gambar 'Haiwan Di Zoo'. Saya menyuruh mereka bahawa pada minggu depan nanti, cuba carikan ada berapa jenis haiwan yang ada di dalam carta ini boleh dijumpai di zoo negara kita.



No comments:

Post a Comment