Tuesday, June 2, 2015

Warna-warni - Celup Kain

Minggu: 18hb - 22hb Mei, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Warna
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Saya telah menyediakan dua warna yang diperbuat daripada bahan-bahan makanan untuk murid-murid mencelup kain. Dua warna itu adalah merah dan kuning. Warna merah adalah daripada ubi bit, manakala warna kuning adalah daripada serbuk kunyit. Kedua-dua bahan ini dicampur dengan air dan cuka supaya warna itu tidak akan hilang apabila kain itu dibasuh.

Pada kali pertama, saya bagi mereka mencuba cara 'ikat dan celup', supaya boleh nampak bentuk yang cantik selepas mencelup kain dalam dua warna itu. Walaubagaimanapun, percubaan ini telah gagal disebabkan kain itu tidak dapat menyerapkan warna itu sepenuhnya. Jadi, tengah-tengah bahagian kain yang diikat itu tidak ada warna.









Pada percubaan kali kedua, saya rendamkan perca kain itu di dalam air dahulu sebelum bagi murid-murid dicelup. Selain itu, saya perasan yang warna ini susah nak diserapkan kain disebabkan saya letak terlalu banyak air. Jadi, kali ini saya tidak lipat dan ikatkan perca kain itu, tetapi membuat lipatan yang besar (supaya senang menyerap warna) dan suruh murid-murid mencelup separuh kain itu di dalam setiap warna. Percubaan kali ini masih tidak berjaya tapi lebih baik berbanding kali pertama. Kali ini, warna kuning sangat jelas di atas kain dan boleh nampak bentuk yang dilipat pada kain. Tetapi, warna merah pula sangat pudar dan warna itu hilang selepas kain itu dijemur di bawah matahari. Nasib baik murid-murid masih rasa puas hati dengan hasil kerja mereka.












No comments:

Post a Comment