Tuesday, February 2, 2016

Berkelah + Membeli-belah

Tarikh: 1hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji kedua-dua gambar di dalam buku besar yang telah mereka pelajari pada dua hari yang lalu
  • Disebabkan banyak perkataan yang baru, mereka tidak dapat ingat kebanyakan perkataan lagi. Jadi hari ini saya tidak tambahkan lagi perkataan baru, tetapi hanya membuat ulangkaji dengan mereka.
  • Saya telah berjanji kepada mereka, selepas mereka sudah dapat belajar semua gambar dan mengingati semua perkataan, saya akan bagi mereka buat kerja kertas yang pertama. 
  • Untuk membuat kerja kertas ini, saya memerlukan pertolongan ibu bapa untuk menyediakan gambar setiap ahli keluarga dan cetak gambar berwarna atas kertas biasa, untuk dibawakan oleh murid-murid ke sekolah. Saya akan menggunakan gambar-gambar ini untuk mereka melekatkan gelaran untuk setiap ahli keluarga.

No comments:

Post a Comment