Thursday, February 25, 2016

Menonton Televisyen

Tarikh: 17hb Feb, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Keluarga Saya
Masa: 3pm - 4pm


  • Hari ini saya bagi mereka melukis di atas lantai halaman tadika dengan kapur. Kebanyakan mereka tidak pernah nampak dan guna kapur sebelum ini. 
  • Mereka rasa sangat menarik sebab boleh lukis di atas lantai dan guna kaki gosok atas lukisan sahaja, lukisan akan hilang pula. 
  • Mereka juga rasa menarik yang kapur boleh dipatahkan dengan senang.
  • Selepas itu, kami masuk ke dalam kelas dan sambung dengan empat gambar dalam buku besar itu. 
  • Hari ini sudah sampai gambar ketiga - menonton televisyen. Perkataan ini agak panjang untuk mereka dan perkataan "menonton" agak susah untuk mereka sebutkan, jadi saya suruh mereka mengingati "televisyen" dahulu.
  • Esok saya akan ajar mereka nama-nama benda lain yang ada dalam gambar ini.

No comments:

Post a Comment