Tuesday, January 26, 2016

Kepala, Mata

Tarikh: 11hb Jan, 2016
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Diri Saya
Masa: 3pm - 4pm

  • Ulangkaji "Badan Saya" dan "Muka Saya".
  • Belajar lagu "Muka Saya"
Ini mata, ini hidung,
Mulut dan telinga.
Saya ada mata,
Saya ada hidung,
Mulut dan telinga.

  • Saya telah membawa satu lagi buku kecil yang mengenai badan. Dalam buku ini ada lebih banyak perkataan berbanding dengan buku besar yang saya gunakan sebelum ini sebagai permulaan.
  • Hari ini mereka telah mempelajari perkataan seperti berikut:
    • tubuh saya
    • dahi
    • pipi
    • dagu
    • kening
    • bulu mata

No comments:

Post a Comment