Friday, July 24, 2015

Burung Kakak Tua

Minggu: 6hb - 10hb Julai, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Minggu ini saya membawakan mainan buah-buahan untuk murid-murid.
  • ulangkaji nama-nama buah-buahan yang pernah dipelajari sebelum ini: mangga, tembikai, oren, epal, pisang
  • belajar nama-nama buah-buahan yang baru: buah lai, delima
  • saya ajar mereka epal merah dan hijau, sebab mainan ini ada dua jenis epal ini
  • saya ajar mereka besar dan kecil, sebab mainan ini ada di dalam saiz besar dan kecil

Permainan:
  • mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan
  • saya sebut buah-buahan yang saya mahu
  • mereka pergi "membelikan" buah-buahan yang diminta saya
  • tahap 1: beberapa jenis buah-buahan, tapi satu sahaja untuk setiap jenis
  • tahap 2: mencarikan buah-buahan mengikut bilangan yang diberi
  • tahap 3: mencarikan buah-buahan mengikut bilangan dan juga saiz yang diberi
  • permainan di tahap 2 dan 3 memerlukan kerjasama kumpulan untuk mengingati arahan yang diberi
Belajar lagu baru: Burung Kakak Tua


No comments:

Post a Comment