Friday, July 10, 2015

Bulatan dan kon

Minggu: 22hb - 26hb Jun, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Permainan minggu ini adalah untuk melatihkan otot-otot tangan dan kaki mereka, termasuk kawalan tangan dan anggaran jarak.

Permainan 1:
- Alat-alat: bulatan getah dan kon plastik
- Cara main: 
  1. Mereka perlu melontarkan bulatan yang diberikan ke kon plastik yang diletak di hadapan mereka, yang jaraknya tidak jauh. 
  2. Bulatan getah itu sangat ringan dan kon plastik itu kecil, mereka perlu belajar mengawal tenaga dan cara mereka melontar untuk bulatan itu jatuh atas kon plastik itu.

Permainan 2:
- Alat-alat: bulatan getah dan kon plastik
- Cara main:
  1. Saya letakkan kon plastik dalam satu baris. Manakala bulatan-bulatan getah itu saya letah 2 bulatan yang berwarna sama bersebelahan, yang jaraknya sama dengan kanak-kanak berdiri dengan kaki buka, dalam satu baris.
  2. Mereka perlu pusing keliling semua kon plastik itu dari yang pertama sampai ke hujung.
  3. Selepas itu, mereka perlu melompat di atas bulatan-bulatan itu sambil menyebut warna bulatan.
  4. Sesiapa yang salah sebut perlu bermula dari bulatan yang pertama.



No comments:

Post a Comment