Friday, July 3, 2015

Permainan

Minggu: 8hb - 12hb Jun, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Minggu ini mereka sambung dengan permainan. Untuk membantu mereka lagi mengingati warna dan nombor yang telah mereka pelajari, saya gabungkan kedua-dua elemen ini di dalam permainan mereka.

Permainan 1:
- Alat-alat: bola-bola dan bakul-bakul pelbagai warna
- Cara main:
  1. saya suruh mereka mengambil bola mengikut warna yang saya sebut
  2. lepas itu saya suruh balingkan bola ke dalam bakul mengikut warna yang saya sebut

Permainan 2:
- Alat-alat: kertas dan pen
- Cara main:
  1. Saya melekatkan kertas-kertas yang telah saya tuliskan nombor di atas lantai. Setiap keping kertas ada satu nombor sahaja.
  2. Saya sebut satu nombor dan mereka perlu mencari nombor itu dan letakkan kaki di atas kertas itu. Mereka tidak boleh alihkan kaki mereka sehingga saya menyebut nombor seterusnya.

No comments:

Post a Comment