Friday, July 3, 2015

Mari Kita Makan Kuih

Minggu: 15hb - 19hb Jun, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Tema: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Minggu ini sudah bermula berpuasa untuk muslimin dan musliman. Di pasar ramadhan boleh mendapati pelbagai jenis kuih-muih. Jadi, saya membawakan buku bertajuk "Mari Kita Makan Kuih" untuk mereka.



Buku ini sangat menarik. Dalam buku ini bukan sahaja tunjuk gambar-gambar dan nama-nama kuih, tetapi juga menunjukkan bahan-bahan yang diguna untuk setiap kuih dan cara persediaan. Kuih-muih yang ada di dalam buku ini termasuk:
  • pisang goreng
  • putu piring
  • kuih lapis - kegemaran kanak-kanak
  • jemput-jemput pisang
  • karipap - kegemaran kanak-kanak
  • onde-onde
  • kuih pau
  • kuih apam
  • kuih koci
  • muruku - saya telah berjanji nanti kalau saya jumpa, akan belikan untuk mereka merasa
  • putu mayam
  • kuih keria
  • dodol
Selain daripada itu, mereka juga telah membuat satu hadiah untuk diberikan bapa pada Hari Bapa Ahad ini.



No comments:

Post a Comment