Monday, September 14, 2015

Kapur Basah

Minggu: 3hb - 7hb Ogos, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm


Lawatan ke Balai Bomba Hang Tuah dan Muzium Polis::

  • Di Muzium Polis, kanak-kanak lebih mengenali senjata-senjata dan kenderaan yang digunakan polis.
  • Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat melihat pelbagai barangan yang digunakan polis dahulu di dalam hidup seharian mereka.
  • Di Balai Bomba, kanak-kanak berpeluang melawat bilik kawalan bomba dan tengok aliran kerja di dalam bilik kawalan.
  • Ahli-ahli bomba di sana juga menunjukkan dan menerangkan penggunaan setiap peralatan yang ada di dalam jentera bomba.
  • Kanak-kanak juga berpeluang untuk menggunakan pam pancuran air yang digunakan ahli bomba.

Permainan:
  • Saya bagi kanak-kanak cuba melukis di halaman sekolah dengan kapur.
  • Kebanyakan mereka telah pernah menggunakan kapur untuk melukis di atas lantai.
  • Jadi, saya bagi mereka mencuba menggunakan kapur basah pulak.
  • Saya rendamkan kapur-kapur dalam pelbagai warna di dalam air terlebih dahulu.
  • Selepas itu, saya suruh setiap orang mengambil sebatang kapur dan lukis di atas lantai.
  • Saya tanya mereka untuk memperhatikan perbezaan melukis dengan kapur kering dan kapur basah.
  • Selain daripada itu, saya juga bagi mereka cuba mencampurkan dua warna yang berbeza. Lepas itu gunakan jari untuk menyapu di atas warna-warna itu. Warna itu akan bergaul dan menjadi warna yang baru! Seperti lukis dengan menggunakan kuning dan biru, selepas digaul akan menjadi hijau.


No comments:

Post a Comment