Tuesday, September 22, 2015

Keluarga Saya

Minggu: 24hb - 28hb Ogos, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Buku Besar: Keluarga Saya
  • Sudah lama tidak menggunakan buku besar, minggu ini sambung unit seterusnya iaitu Keluarga Saya.
  • Dalam unit ini, mereka telah belajar perkataan-perkataan seperti berikut:
    • bapa
    • ibu
    • datuk
    • nenek
    • abang
    • kakak
    • adik
  • Aktiviti: saya menunjukkan gambar dan mereka menjawab nama ahli keluarga itu.
  • Mereka dapat menjawab semua dengan betul.
Kenderaan
  • Selain daripada itu, mereka juga telah belajar sedikit mengenai kenderaan. 
  • Mereka sangat menyukai kenderaan. Saya menunjukkan banyak jenis kenderaan yang merangkumi ketiga-tiga kenderaan darat, udara dan laut. Tetapi, dalam sekelip mata sahaja, mereka sudah boleh mengingati kebanyakan nama-nama kenderaan.
  • Antaranya termasuk:
    • kereta
    • basikal
    • kapal terbang
    • helikopter
    • perahu
    • kapal selam
    • kereta api

No comments:

Post a Comment