Monday, September 21, 2015

Mari Kita Membuat

Minggu: 17hb - 21hb Ogos, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

  • Baca buku - "Mari Kita Membuat"
  • Dalam buku ini menunjukkan beberapa kerja kraftangan yang dibuat oleh kanak-kanak.
  • Buku ini sangat seronok kerana ia ada tunjukkan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuat setiap kerja kraftangan.
  • Antara kraftangan yang diceritakan di dalam buku ini termasuk
    • boneka
    • serunai
    • layang-layang
    • tikar
    • perahu
  • Kebanyakan kraftangan ini susah untuk mereka mencuba membuat sendiri. Jadi, saya memilih yang paling senang untuk mereka mencuba, iaitu serunai.
  • Serunai hanya memerlukan sekeping jalur kertas dan gulungkan.
  • Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat menggulungkan kertas itu. Akhirnya, saya menolong mereka membuat serunai mereka.
  • Selain daripada boneka, saya telah membuat satu sampel untuk setiap kraftangan yang lain dan membawa masuk ke kelas untuk menunjukkan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment