Friday, September 18, 2015

Kapur Kering, Kertas Basah

Minggu: 10hb - 14hb Ogos, 2015
Kelas: Manggis
Guru: Cikgu Kok
Topik: Permainan
Masa: 4.30pm - 5.30pm

Kapur:
  • Mereka mencuba lagi satu cara melukis dengan menggunakan kapur.
  • Kali ini, saya suruh mereka guna kapur kering dan lukis di atas kertas yang basah.
  • Sepatutnya, saya mahu mereka tengok perbezaan lukisan mereka dengan melukis atas kertas basah dengan kapur kering. Walaubagaimanapun, disebabkan kertas yang saya sediakan itu tidak cukup tebal, percubaan ini tidak berjaya. Kebanyakan kertas mereka telah koyak apabila mereka cuba melukis dengan kapur warna.


Buku cerita:
  • Tajuk buku - "Hari Ini Panas". 
  • Berkonsep yang sama dengan buku "Pagi Ini Sejuk" yang pernah dibacakan saya.
  • Buku ini banyak megulangi perkataan "hari ini", "panas", "sangat panas".
  • Selepas membaca buku ini, saya mengulangkaji perkataan "sejuk" dan "panas" dengan mereka.

No comments:

Post a Comment